BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 28 July 2009

Cinta

Cinta....
Entah kenapa dah letih dengan perkataan ni. Dalam lagu, filem, drama, dengan kawan2...setiap hari ada je berlegar isu ni di mana2. Padan pun letih. Kalau happy stories takpe jugak, ni yang sad ones...tu yang jadi letih tu. LOVE is a word that describes a strange feeling that can make people's lives complete or can kill your enthusiasm and end your life at the same time. Wow, is it really that powerful???....haha, yes indeed!

Dulu masa kecik2 tengok cerita Hindustan selalu pelik bila CINTA tu terlalu diagung-agungkan sampaikan kononnya ada satu ketika si lelaki dah sedar dia cintakan si perempuan ni, so dia kene kejar supaya perempuan tu tak sempat pergi jauh. Tapi malangnya si lelaki ni takde kenderaan nak kejar, so dia pun berlari sambil minta tolong pada sesiapa yang dia sempat jumpa. Tiba-tiba terserempak dengan seseorang. Mulanya dia taknak tolong sbb bukan dia kenal pun. Tapi bila sebut pasal cinta, yang org tadi tu terus je berusaha sehabis baik tolong kejar perempuan tu. On the way bila terjumpa orang je kwn yg nak tlg tadi tu d kecoh kat org lain, sungguh-sungguh dia cakap ngan yang lain suruh cepat tolong orang ni, ni soal CINTA! (heheh geli ati bila ingat lagak mereka ramai2 buat mcm larian marathon..kehkeh) Kemudian aksi kejar-mengejar pun diteruskan dan at last dapatlah lelaki tadi meluahkan cintanya pada perempuan tu. Cuba la kita fikirkan, ada ke dalam dunia ni, katakanlah ada orang nak minta tolong kat kita pastu dia cakap, "Tolonglah saya, ni soal cinta," lepastu dengan sepenuh daya kita nak tolong orang tu...hehe, lainla kalau emergency nak bersalin ke ape ke.

Tapi nak cakapnya betapa kuat rupanya penangan sebuah perasaan halus bernama CINTA ni, sehinggakan ianya boleh menentukan jatuh bangun hidup manusia. Orang kata hidup tak bermakna tanpa CINTA. Betullah, saya tak nafikannya. Apa lagi cinta ibubapa dan sahabat2 kita.

Cinta Manusia


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Secara zahirnya manusia boleh hidup tanpa adanya cinta dari orang lain. Sebab dalam diri setiap manusia masing-masing mempunyai akal dan fikiran yang boleh berfungsi dengan baik tanpa bantuan sesiapa pun. Dengan itu manusia boleh berusaha untuk mencapai dan memenuhi kehendak diri masing-masing samada untuk jadi kaya, warak, jadi bijak dan berilmu atau apa sahaja tanpa melibatkan perasaan cinta.

Tetapi pada hakikat yang sebenar, perasaan cintalah yang boleh mendorong kejayaan mencapai apa sahaja cita-cita manusia. Tengok sahaja keadaan anak-anak yatim piatu. Mereka membesar tanpa merasai dorongan daripada cinta ibu bapa. Berapa ramai dari kalangan anak-anak yatim piatu yang berjaya mendorong diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang membanggakan? Tak ramai sebenarnya. Kebanyakan anak-anak yatim piatu merasa diri mereka kekurangan berbanding orang lain dan merasakan jika mereka berjaya sekalipun mereka tidak dapat menikmati bagaimana rasanya membuatkan ibu bapa bangga dengan diri mereka. Bagi kanak-kanak lelaki, status 'anak yatim' inilah yang dikatakan membuatkan mereka susah untuk dididik dan susah untuk mendengar kata dan nasihat. Mereka akan cenderung untuk bersikap agresif terhadap orang lain.

Cinta antara lelaki dan perempuan juga menjalani fungsi yang sama, iaitu saling mendorong untuk mencapai sesuatu kejayaan. Kalau masa zaman saya belajar dulu, kebanyakan 'coupling' ni akan bermula dlm tempoh sebulan sblm exam. Pelik tetapi benar. Kenapa terjadi demikian? Sebab yang sama, supaya 'the force is with you' untuk belajar dengan lebih bersemangat. Tapi kalau putus cinta dekat2 nak exam, aduhai alamatnye kemungkinan besar untuk terpaksa repeat sem tu amat2 lah tinggi.

Banyak yang saya belajar daripada cinta sesama manusia ni. Mungkin ini bagi pandangan saya yang kadang2 skeptikal dalam menilai sesuatu.

1. Cinta manusia mudah dibayangi oleh wajah perempuan yang cantik dan menawan.

Tak caye ke? hehe... Ramai yang suka menafikan perkara ni tapi, saya pasti penafian itu mungkin atas kurangnye penelitian terhadap fenomena ini (huhu...ayat fizik!) Senang ceritalah, kalau orang yang cantik ada kekurangan, contohnya tak pandai buat keje rumah atau tak mengamalkan suruhan agama, kita sebagai orang yang berada di sekelilingnya akan mudah mencipta alasan untuk dia. Contohnya, "Ala, manusia bukannye perfect, nanti dia belajarlah buat keje rumah." atau "Ala, dia tak pakai tudung pun takpe, nanti aku boleh didik dia sikit2, lama2 oklah." ataupun yang paling syok "Rilek ar, tak pakai tudung tak bererti jahat. Yang penting hati..." dan bermacam-macam lagi contoh yang saya boleh bawa tapi tak larat nak tulis. Saya bagi contoh perempuan cantik sbb kebanyakan lelaki mudah lemah lutut dengan perempuan cantik. Tapi apepun, perempuan pun ada sifat ni, walaupun dalam konteks persahabatan sesama perempuan. Tak caye? perhatikan sendiri...

2. Cinta manusia selalunya bersyarat

Maksud saya ialah kasih sayang yang kita bagi pada pasangan kita atau sahabat kita atau rakan sekerja kita mesti atas sesuatu sifat yang dimiliki seseorang itu. Contohnya, kalau lelaki nak cari isteri mesti cantik, pandai masak...etc dan kalau dalam berkawan kita akan cari orang yang boleh memajukan kita dan menolong kita. Sebab tu kalau dalam mana-mana talk motivasi pun, banyak nasihat diberikan supaya ubah diri kita menjadi positif jika kita mahu ramai kawan atau disenangi orang di sekeliling kita. Cuma dalam konteks kekeluargaan, kebanyakan kasih sayang yang diberi adalah tak bersyarat, terutama kasih sayang dari ibu bapa. (Kat sekolah pun macam tu taw, cikgu sayang semmmmmuaa murid die...heheh)

3. Cinta manusia high maintenance

Kalau sesiapa yang bercinta dan berkahwin mesti tahu, bahawa kalau dah bercinta kene maintain untuk pastikan the sparks stay alive. Takleh wat dono je lepastu expect cinta tu berkekalan dengan sendirinya. Kene ada makan2 hati sikit, kene ade gaduh2 sikit, kene ade blanje2 sikit, calling2, darling2, pe lagi ek...kene ade jiwang2 n macam2 lagi lah. Kalau takde seme tu, mmm tawakkal jelah boleh tahan brape lama...hik hik

4. Cinta manusia bersifat keduniaan

Tak dinafikan ada cinta manusia yang boleh bawa seseorang ke syurga Allah, iaitu bile adanya sifat saling mendorong untuk meningkatkan keimanan seperti beribadah bersama dan sebagainya. Tetapi secara general jika tak sandarkan cinta tu kerana Allah, jangankan ke syurga, ke anak cucu pun belum tentu. Rugi sgt cinta yang berlandaskan hawa nafsu ni, sbb dah la sifatnye tak kekal, tak meningkatkan iman, jadi nak ke mana kita dengan cinta yang macam ni...nauzubillahi min zaalik.


Cinta ALLAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kalau sebut cinta kepada Allah dan CINTA ALLAH itu sendiri barulah hilang segala gundah gulana dan keserabutan. Cinta Allah adalah cinta yang teragung, yang paling mulia dan suci. Kenapa?

1. Cinta Allah tak memandang rupa paras dan tak bersyarat

Terbalik dari cinta manusia, cinta Allah tu tak memandang rupa atau sebarang sifat kekurangan diri kita. Even orang berdosa pun masih berpeluang merebut cinta Allah jika betul kaedahnya. Kalau seseorang manusia dapat merasa cukup dengan cintanya kepada Tuhan, dialah orang yang beruntung kerana tak perlu lagi berhempas pulas mengejar cinta manusia yang penuh dengan syarat2 tu.

2. Cinta Allah tak bertepi

Tiada limit untuk sesiapa dan berapa ramai pun yang berkongsi cinta Allah. Semua orang berpeluang merasai nikmatnya dan berpeluang menerima ganjarannya di dunia dan akhirat. Cinta Allah kekal selama-lamanya tanpa ada deadline atau sempadan. Macam yang saya cakap tadi semua orang berpeluang merasai cinta Allah asalkan hatinya dibuka untuk menerimanya.

3. Cinta Allah mendamaikan

Kalau cinta manusia, kite kene berusaha gigih untuk maintain perasaan cinta tu sbb kalau cinta manusia kene berbalas baru boleh bahagia. Berbeza dengan cinta Allah, kita boleh menikmatinya tanpa rasa ragu2 sbb the 'love is always in the air'...It's for everyone to feel and to receive. Tak complicated at all, sbb dgn mudahnya kalau kita ada usaha untuk prove cinta kita pada Allah dengan mengingatiNya pada setiap detik waktu yang berlalu, the love will be ours. Dan Allah pun janji, selangkah kita menuju Allah, Allah akan mendekati kita dengan 1000 langkah dan kalau kita mendekati Allah dengan berjalan, Allah akan mendekati kita dengan berlari. ha, ape lagi yang kita nak? Fa bi ayyi aala irabbikuma tukazhibaan?

4. Cinta Allah membawa kepada nikmat syurga yang tak tergambar indahnya

The title says it all. Inilah impian, idaman bagi setiap hati yang beriman. Menempatkan diri di syurga Allah bukanlah susah cuma jalannya juga bukan mudah. Dengan jumlah amalan kita yang ada takkan mampu untuk membeli satu tiket pun ke syurga. Yang mampu membelinya hanyalah cinta Allah iaitu rahmat Allah kepada hambaNya yang Dia redha. Dengan rahmatNya lah seseorang mukmin itu boleh ke syurga.

Banyak lagi sebenarnya hujah untuk membuktikan betapa ceteknya cinta manusia dan betapa dalamnya cinta Allah. (tapi kalau cinta manusia kerana Allah, kire lebih dalam sikit la) Yang saya tulis ni setakat yang terlintas di minda di waktu dan ketika ini tanpa saya merujuk kepada mana2 kitab atau artikel. Jika ada teguran silakanlah, so far org yang mengunjungi blog saya senyap dan tak pernah komen apa2. Tandanya setuju tu.. :P

Akhir kata, saya bukanlah insan yang menolak cinta manusia dan mengejar cinta Allah semata-mata, kerana atas suruhanNya jugalah manusia disuruh menjaga Hablu minaLlah dan Hablu minannas (hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia). Cuma sekiranya kita kecewa dengan cinta manusia, jangan lupa bahawa ada satu cinta yang lebih agung dan suci yang sememangnya telah dianugerahkan kepada manusia yang mencarinya. Cinta Allah yang kekal abadi.

Saturday 25 July 2009

7 Perkara bagi Mengubat Kesedihan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang
memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang
membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar
menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa
sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


***************************************************************


Saya perolehi artikel ini dari blog Ustaz (namanya saya tak ingat, kalau tak silap Zainul Rasyidi) di link ni. Bagaimana Untuk Mengubat Luka Hati


Dalam hidup ni banyak kene bersabar dan bersyukur, sebab selagi kita hidup selagi tu lah kita akan diuji dengan pelbagai perkara yang mungkin di luar dugaan kita. Kita perlu sntiasa ingat bahawa Allah tidak akan menciptakan sesuatu untuk sia-sia, samada dari segi nikmat mahupun mudharat. JIka suatu musibah menimpa kita, kita perlu yakinkan diri bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Barulah kita akan memahami erti kehambaan yang sebenar...

Wednesday 22 July 2009

Ukhuwah Lama Yang Hadir Kembali

Semalam adalah hari yang seronok sangat. Sebab dah lama tak bersembang dengan sorg 'adik' ni yang saya amat segani dan cemburui bernama Hairul Faizal Isa, bekas pelajar Darul Quran JAKIM. Sekarang dia kat Syria melanjutkan pelajaran dan dari conversation semalam saya dapat tahu kemungkinan besar lama lagi dia di sana. Faizal ni happy go lucky dan mesra rakyat orgnye, sbb tu mudah je nak geng dgn die. Rasa bertuah sgt bila dapat bersahabat dgn seorang 'hamilil quran' - pembawa al-Quran. Kami kenal masa berprogram di Masjid KLCC di mana saya yang menjadi tukang contact. Atas keramahan dia, kami agak baik dan alhamdulillah setelah 3 tahun dia ke Syria dan kami tak contact each other, kami berkesempatan YM malam semalam. INgat lagi masa die dah nak fly...terharu bila die sms saya untuk beritahu. Terasa ukhuwah tu sesuatu yang amat3x berharga.

Tak banyak kami dapat bercerita dalam masa 2 jam lebih tu sbb dia tak blh nak taip laju. Tapi dia bercerita tentang dia ada menghadapi masalah kesukaran utk mendapatkan visa dan ancaman pihak berkuasa Syria terhadap orang-orang yang disyaki terrorist. Hehe, sian die. Muka die baik pun blh kene cap terrorist. BAgi saya ni biasa dihadapi oleh mana-mana perantau di dunia ini. Kene terima lah, sbb of course mereka nak menjaga keamanan di negara mereka. AKhirnya disebabkan misunderstanding dengan pihak imigresen Syria, Faizal tidak dibenarkan meneruskan pengajian di maahad tempat dia belajar. Saya pun turut merasa kesedihan yang dialaminya, sebab di maahad tu dia rapat dengan syeikh2 di sana dan merupakan 'anak emas' salah seorang syeikh di sana. Tapi apakan daya, kene ikut peraturan dan undang2...akhirnya Faizal bakal meneruskan pengajian di maahad lain pula. Saya berdoa semoga segala urusan Faizal di sana dipermudahkan oleh Allah. Semoga dia bersabar dengan ujian ini, dan dapat hikmah dari apa yang berlaku.

Harap-harap dapatlah kite bersembang lagi. Cemburu sgt dengan jalan hidup dia yang dipenuhi dengan talaqqi dan kuliah2 di masjid. Bagaimana Allah telah menjuruskan hati dia dan sahabat2 seperjuangan di sana untuk mencintai ilmu tanpa jemu. Subhanallah, jelesnyeeeee!

Ya ALlah kurniakanlah istiqamah kepadaku dan sahabatku Hairul Faizal Isa dalam mencintai agamaMu...amiin.

Ha, kalau nak tahu siapa adik saya yg special ni blhla bukak link ni...
Persatuan Pelajar Malaysia Syria

Sunday 19 July 2009

Tudung = Terrorism ??? Apa Kaitannya?

Saturday, July 18, 2009
MARWA DIBUNUH HANYA KRN BERTUDUNG !


Seorang wanita ditikam 18 kali di kamar mahkamah di Jerman kerana bertudung!

Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua, ibu kepada seorang anak kecil tiga tahun ditikam di hadapan suaminya. Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bergelut untuk menyelamatkan muslimah itu, turut ditikam tiga kali dan kemudiannya ditembak oleh Polis!
Kisah ini bermula Ogos 2008, tatkala Marwa mengfailkan dakwaan terhadap Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung. Malangnya, Rabu lepas, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang kes terhadap lelaki tersebut dan lelaki dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut.

Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman. Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati. Seorang blogger, Zeinobia melahirkan kedukacitaannya dalam post bertajuk “What If She Were A Lesbian, dan berkata,

The woman is 32 years Marwa El-Sherbini , she was a pregnant in her second child when she was was stabbed. This is for sure a hate crime but unlike other hate crimes like homophobic crimes or anti-Semitic crimes, it did not make the headlines abroad and I do not know why !! This is a racism crime , a woman is shot down stabbed like that so simple in the court room for God sake and it is not important to be covered in the media as it should !! She was a mother who was a pregnant for God sake !!


Ribuan orang di Mesir yang mengiringi jenazah Marwa Al-Sharbini. Allahyarhamah Marwa bukanlah celebriti pujaan ramai spt Michael Jackson tetapi Marwa Al-Sharbini adalah seorang wanita dan seorang ibu yang kental jiwanya. Marwa juga merupakan lambang jihad seorang muslim. Marwa Al-Sharbini mempertahankan haknya untuk bertudung untuk memelihara harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran Islam. Demi untuk mengamalkan ajaran Islam, beliau sanggup berjuang menuntut hak dibumi Jerman dan akhirnya terbunuh di tangan seorang lelaki Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

May Allah bless her soul , she is a "SYAHIDAH" of racism and hate.

http://hairinherlina.blogspot.com/2009/07/marwa-dibunuh-hanya-krn-bertudung.html
Posted by Hairin Herlina Abdul Halim at 8:29 PM
Labels: Isu semasa

Saturday 11 July 2009

Jubah Untuk Ibu

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana akitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak
sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada
walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya...' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum
berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata
tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya. Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku
tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak
setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli
jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along.. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak
jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku...atau...." Along menggeleng-gelengka n kepala. "semua tak...Cuma satu je,
saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya....saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ....terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi.

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."
"Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku
lagi."Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga
terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah....untuk....ibu........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik
ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan
Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam
seorang pembunuh dan ... dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila..."
cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.


****************************************************************************

Kisah ni saya dapat dari emel yang dikirimkan oleh sahabat saya Nor Azurah BT Abu Hassan. Ada pengajaran yang boleh kita ambil. Kadang2 si anak tak berniat untuk menderhaka malah cuba mempamirkan kasih sayang yang tulus kepada ibu bapa. Tapi ada ibubapa yang menyalah ertikan niat si anak sehingga dibenci dan diherdiknya anak itu tanpa cuba menyelami hatinya. Anak ialah seseorang yang memerlukan ibubapa menyokong dan menyayanginya tanpa syarat. Sejahat mana pun si anak, jika dia dapat merasai kasih sayang ibu bapa, akan terserlah juga naluri untuk berbakti dan membalas kasih sayang itu.

Saya sentiasa memerhatikan ibu bapa murid di sekolah yang mempunyai anak-anak bermasalah. Setiap kali diberitahu bahawa anak itu terlibat dengan kes disiplin, reaksi pertama ialah memarahi mereka. Kemudian ibubapa akan bercerita kepada cikgu betapa anak ini telah dipukul dengan besi panas sekalipun sehingga terpaksa dia ambil MC kerana kakinya luka terkopek kulit. Sampai begitu sekali, tetapi si anak bukan saja tak takut malah tak berubah. Apa yang saya lihat si anak sudah lali dengan maki hamun dan pukulan. Saya yakin apabila dewasa nanti sedikit sebanyak akan timbul dendam atau konflik dlm diri si anak, bahawa dirinya terlalu buruk pada pandangan ibubapanya.

Kemudian, mulalah si anak mencari kasih sayang di tempat lain, di mana dirinya akan diterima seadanya tanpa mengira jalan apa ditagihnya kasih sayang itu. Bagi saya inilah antara titik permulaan seorang individu memilih jalan gelap untuk melakarkan kisah hidupnya. Sayang sekali bagi sebuah masyarakat, bangsa dan agama. Kita bukan sahaja telah kehilangan tenaga dan bakti dari seorang individu yang sihat dan sempurna segala anggota badan, malah terlahirlah seorang pengacau dan peragut ketenteraman orang lain.

Semoga kita dapat mengambil pengjaran dari kisah ini. Memang bukan mudah untuk menjadi ibu bapa atau pendidik yang baik. Tetapi dengan sedikit usaha untuk menyelami hati anak-anak insyaallah akan Allah permudahkan jalan untuk kita membentuk mereka menjadi manusia yang berkualiti.

Wednesday 8 July 2009

Yahoooo...hidup Muhyiddin!!!




Berita jam 9 mlm kali ni mme mendebarkan. Seperti rancangan realiti, kami serumah menunggu dgn penuh pengharapan, apa agaknye keputusan KPM utk PPSMI... Bukan ape, awal2 tadi dah dengar ura2 PPSMI dimansuhkan. Al-maklumlah, konon2 bizi sgt kat sekolah tu, paper tak terbaca, nak gosip pun tak sempat. Bila dah dengar announcement tu, masya Allah, seronoknye, muka masing2 berseri je tiba2. RAse2nye kalau ade lah pihak TV interview kami pendapat tentang PPSMI dimansuhkan, kami akan menjawab dengan suara penuh excitement dengan tangan2 sekali naik. hehe...ALhamdulillah Muhyiddin Yassin tak menghampakan kami para guru yang bermasalah dengan dasar yang dilaksanakan tiba-tiba tu.

Yang paling menggembirakan kami ialah ulasan Pak Menteri Pelajaran sendiri terhadap penurunan penguasaan matapelajaran Sc n maths yang saya kira sangat jujur dan bertanggungjawab. Sebelum ini seluruh warga pendidik tahu bahawa wujud penurunan dalam penguasaan pelajar terhadap matapelajaran sains dan matematik yang mungkin berlaku akibat daripada kelemahan penyampaian guru, kurangnya pemahaman murid disebabkan bahasa yang kurang difahami atau kurangnya kebolehan pelajar menghuraikan jawapan yang tepat bagi solalan subjektif. Namun penurunan tersebut tak pernah dilaporkan. Sikap telus seperti ini lah yang perlu diamalkan di Malaysia, terutama di peringkat kerajaan kerana dah banyak sgt penipuan atau pemesongan maklumat dilakukan semata-mata untuk mempertahankan sesuatu dasar yang dipertikaikan masyarakat. Biasalah politik. Syukurlah Muhyiddin Yassin telah membawa satu budaya yang terbaik, iaitu tidak mempolitikkan pendidikan.

Langkah menambahkan bilangan masa P&P Bahasa INggeris dalam jadual murid saya kira sebagai satu langkah yang lebih bijak kerana peranan meningkatkan penguasaan BI adalah atas bahu guru matapelajaran BI, bukan subjek lain. Mengapa guru Sains dan Matematik terpaksa berhempas pulas (struggle) untuk menguasai bahasa yang mungkin tidak begitu fasih bagi mereka, sedangkan tiada tindakan yang lebih proaktif dilakukan oleh guru B. Inggeris untuk meningkatkan pancapaian BI murid? Kemudian, apabila murid menghadapi masalah pembelajaran, diperkenalkan pula subjek baru iaitu EST - English for Science and Technology yang membuatkan guru BI pulak struggle dengan istilah dan konsep sains.

Apepun semuanya dahpun selesai dengan keputusan yang baru dibuat ni. Walaupun saya kecewa sikit sebab sepanjang mengajar 3 tahun dlm bahasa INggeris saya tak sempat pun merasa dapat elaun mengajar BISP (elaun mengajar dalam bahasa Inggeris) kerana masalah teknikal, saya tetap menyambut baik keputusan ni. Insyaallah guru2 sains dan matematik akan lebih bermotivasi untuk memastikan murid dapat memahami matapelajaran Sains dan Matematik dengan baik.

Cikgu2 sains dan maths, jom kiter ajar murid2 kiter habis2an...!!

Tuesday 7 July 2009

PPSMI

Esok kementerian pelajaran akan announce samada PPSMI akan diteruskan atau tak. Ya Allah debarnye menanti keputusan tu. Moga2 dimansuhkanlah PPSMI itu atau dirombak semula agar lebih linean (sorila kalau salah ejaan, ckgu sains tak dihantar ke kursus BI).

Banyak perkembangan yang negatif berlaku semenjak PPSMI dijalankan sebenarnya. Apepun saya tak menafikan kesan positif pun mungkin sama banyak. Tapi cuba kita renungkan bersama, kalau kita lihat mana-mana function rasmi dah tak pakai BM dah. English ajer. Sampaikan pertandingan memasak peringkat sekolah pun kene sediakan ingredients dlm bahasa Inggeris. Even artikel saya ni pun dah rojak ngan bahasa campurization. Saya turut bersedih atas lemahnya penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekarang. Di sekolah saya okla sbb ramai yg fasih berbahasa Inggeris. Tapi semakin lama, oleh kerana Bahasa Melayu sudah tidak ditekankan lagi, masing2 dah mula berbahasa ibunda kaum masing2. English pun dah terbang ke mana ntah.

Sekarang ni tak ada orang dah yang malu tak fasih berbahasa Melayu tapi kalau tak dapat kuasai Bahasa INggeris rasa rendah diri sangat. BUkan tu saja, students pun anggap cikgu tak pandai atau low class sbb tak mahir berbahasa Inggeris. Ni bukan saya reka2 cerita. Ini realiti, berlaku di sekolah saya dan sememangnya tak mustahil di luar sekolah lebih2 lagi.

Bagi diri saya sendiri walaupun orang kata saya fasih berbahasa INggeris, mengajar dalam Bahasa Melayu lebih memberi kepuasan kerana saya dapat menerangkan dengan lebih terperinci. Mengajar dalam BI kadang-kadang saya terpaksa tanya kepada students perkataan yg saya nak sebut tu dlm BI. Kekangan yg macam ni membuatkan students kadang2 buat muka simpati pada saya dengan mengerutkan dahi masing-masing. Saya faham mereka tu cuba nak memahami dengan betul apa yang saya cuba hendak terangkan...hehehe alhamdulillah students saya ada sifat hormat pada saya. Ada sesetengah cikgu, mungkin sebab bersikap lembut terhadap students, mereka main sound aje cikgu punye BI. Kemudian tak beri dah perhatian kepada pengajaran. Motivasi cikgu tu hancur kerana direndah-rendahkan oleh murid. Sian cikgu....

Saya suka sangat dengan cadangan supaya syaratkan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus untuk mendapatkan sijil SPM. BArulah adil. Jangan kerana nak wajibkan murid kuasai satu subjek, subjek lain yang penting menjadi mangsa. MAsalahnya subjek sains dan matematik bukannye satu. tapi 5 subjek. Modern Maths, Additional Maths, Chemistry, Physics and Biology. Lebih baik kita perkukuhkan penguasaan subjek BI tu sendiri, bukan ganggu subjek lain.

Walaubagaimanapun saya nampak kesan positifnye penggunaan BI dalam subjek sains dan matematik. Dalam sehari murid nak tak nak terpaksa juga membiasakan diri dengan mendengar dan berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Lama-lama mereka pun terbiasa. Cuma kesannya memang menyedihkan bila kita tengok tak ramai murid yang ambil berat penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Sudahla BM baku dah dimansuhkan, bahasa generasi sekarang pun dah berevolusi menjadi lebih 'rock' dan slamber. Ejaan dalam SMS lagi lah teruknye. Maknanya sekarang BM yang betul hanya akan digunakan dalam subjek BM sahaja seumur hidup. Nak harapkan media pun, saya yakin tak lama lagi media juga akan menggunakan Bahasa Melayu 'rock' jika PPSMI tidak dirombak. Mari kita tunggu dan lihat...hmmmm sayangnye bahasa.

Thursday 2 July 2009

~2 Julai 2009~

Bekalan yang kuperlukan untuk meneruskan perjalanan ini:

1. Satu balang berisi air mata taubat
2. Satu tupperware penuh berisi keimanan yang teguh
3. Beribu2 gula-gula istighfar dan zikir penuh keinsafan
4. Udara yang mengandungi gas-gas ketenangan
5. Sejambak bunga tawakkal ilaLlah
6. Teman sejati iaitu doa dalam kesabaran...dan
7. Satu kunci ke syurga

Wednesday 1 July 2009

Awas, 'Moday Blues'! - Artikel Nisa Julai 09

Awas, ‘Monday Blues’!



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




“Arrghhh…Hari Isnin lagi. Cepat betul cuti hujung minggu berakhir. Rasanya seperti baru semalam hari Jumaat. Kenapalah perlu bekerja? Kenapa sesetengah orang tak bekerja pun tetapi dapat hidup bermewah-mewahan? Kan senang kalau duit yang kerja untuk aku, bukan aku yang kerja untuk duit! Ya Allah, malasnyeee!!!”

Anda biasa mengeluh seperti itu? Jika tidak, syabas buat diri anda kerana anda terselamat dari penyakit ‘al-kasalu’ iaitu ke-M-A-L-A-S-an dan juga penyakit panjang angan-angan. Bagi yang pernah atau sering mengeluh sedemikian, tidak kiralah secara lisan mahupun dalam hati, berhati-hatilah kerana takut-takut apa yang dikerjakan sia-sia sahaja pada pandangan Allah s.w.t.

Sememangnya manusia secara fitrahnya sukakan hidup yang bersenang-lenang. Alangkah bagusnya jika memiliki sumber harta yang tidak akan kering selama-lamanya. Hakikatnya hidup di dunia bukan begitu caranya. Itu adalah cara hidup penghuni syurga Allah, yang Allah janjikan di Akhirat. Dan untuk meraih syurga bukannya mudah, saudaraku.

Rasulullah s.a.w. sendiri bekerja semasa hayat baginda. Dari kecil baginda bekerja sebagai penggembala kambing. Beliau tidak pernah menadah tangan meminta simpati orang untuk memberi sesuap makan. Kemudian apabila dewasa baginda berkecimpung di dalam bidang perniagaan pula dengan bekerja untuk Saidatina Khadijah r.a. sehinggalah baginda berkahwin dengan beliau. Begitu juga dengan para nabi sebelum baginda.

Para sahabat, setelah Allah janjikan syurga untuk mereka di Akhirat, tetap bekerja keras selama mereka hidup. Saidina Abu Bakar As-Siddiq ialah seorang tokoh perniagaan yang kaya dari kalangan Bani Quraisy. Saidina Uthman Bin Affan dan Abdul Rahman Bin Auf juga merupakan antara ahli perniagaan yang terunggul di Tanah Arab. Sebahagian besar dari harta yang mereka perolehi telah diinfaqkan ke jalan jihad fi sabilillah. Subhanallah, jika mereka yang dijanjikan syurga pun masih bekerja keras, mengapa tidak kita?

Mari sama-sama kita renungi hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mewajibkan kepada kamu berusaha (bekerja), oleh sebab itu hendaklah kamu bersifat rajin berusaha.” (Riwayat At-Tabrani)

Orang yang berusaha mendapatkan rezeki dengan cara yang halal bukan sahaja akan mendapat keupayaan untuk menampung keperluan diri, malah Allah s.w.t. turut mengasihi dan memuliakannya. Hadis ini yang diriwayatkan At-Tabrani bermaksud, “Sesiapa yang pada petang hari berasa letih dan penat kerana berusaha dan bekerja mencari nafkah halal dengan kedua-dua tangannya sendiri, maka segala dosanya diampuni Allah.”

Walau bagaimanapun, jika kita tidak ikhlas atau bekerja dengan separuh hati dan merungut, maka akan hilanglah kemuliaan yang Allah kurniakan serta berkuranglah pahala dari pekerjaan itu. Yang hanya kita perolehi hanyalah penat lelah dan harta yang mungkin telah kurang keberkatannya.

Oleh itu para sahabat sekelian, mari kita amalkan doa yang diajar oleh Rasulullah, “Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada kegelisahan dan dukacita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan bakhil dan daripada bebanan hutang.” (Riwayat Abu Daud)

Bekerjalah dengan penuh beramanah dan keikhlasan, selagi Allah masih mengizinkan kita menggunakan segala kudrat yang ada. Suatu hari nanti jika ditakdirkan Allah menarik semula nikmat sihat dan kecerdasan, jangan pula menyesal kerana tidak memanfaatkan semua itu dahulu. Buang perasaan cemburu terhadap kesenangan orang lain dan jauhilah sikap ber’kalau-kalau’ kerana dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.
(Hadis Riwayat Muslim)



Liana Soleha (Pendidik)
Liana_rah@hotmail.com