BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 21 August 2009

Alhamdulillah...Alhamdulillah

Banyaknye perkara yang patut saya syukurkan hari ini... TAdi berlangsung majlis sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah. Saya sebagai peminat setia nasyid tanahair telah bertungkus lumus melatih budak2 untuk persembahan nasyid. Oleh sebab nasyid kurang dikomersialkan di sekolah ni, saya memilih lagu2 yang menepati citarasa anak muda masa kini iaitu bermuzik rancak (hampir kepada rap). Lagunye ialah Hadhari yang dinyanyikan oleh kump Brothers dan Taburkan Jasa dan Semaikan Budi oleh kump Aeman, In-Tem dan UNIC. This is my first time melatih budak dan hampir2 saya gagal kerana persembahan yang kurang menarik. Akhirnye setelah diberi sntuhan sedikit pagi tadi, betul2 sebelum persembahan alhamdulillah persembahan tu menerima pujian ramai. Maksudnye setandinglah dgn persembahan lain. Tahniah untuk budak2 tu iaitu Fizral,Azman, Shah Mirza dan Fariq dari 5K, Ariff dari 5U, Hafiz dan Helmi dari 5A, Saiful dan Izwan dari 5N, Asyraf dan Adam dari 5T dan akhir sekali si kecil amirul dari 4U. Kalau dpt videonye sy akan upload. Memanglah tak sehebat mana tapi bagi org yg kali pertama training budak buat persembahan kire ok la tu. Yang penting takde kene 'boo'... budak2 BB ni tahu2 jela bile diorg tak suke mana2 persembahan...

Tak dapat sy nak nyatakan di sini kesyukuran sy atas kurniaan Allah, antaranya termasuklah bantuan Allah dalam urusan peribadi saya...semoga saya tetap bersyukur walau apa pun yang Allah kurniakan selepas ini...alhamdulillah...

Monday 17 August 2009

Marah nih!!! huh...huh....

Ape die? tak dengar betul2 ke telinga ni?... Mursyidul am PAS cakap Islam UMNO tak boleh ke syurga? betul ke statement tu die buat? Tok Guru bukan begitu sifatnya... Kalau betullah kan, kenapa tak tnjuk gmbr Tok Guru ckp sendiri dgn mulut dia, bahawa dia ckp mcm tu. Kenapa tulis je statement tu, sdgkan berita tu terpapar kat TV...boleh sgt nak tnjuk video Tok Guru bercakap kan.. Apesal? Nampak sangat ianya pembohongan yang nyata. Hanya kerana nak meraih kekuasaan di dunia yang sementara ni. Setakat utk menang satu kerusi sanggup die? Kalau sekali kene penyakit selsema babi tu sekelip mata je Malaikat Maut akan menjemputmu!

Hmm..mcm ni jelah, bagi sesiapa yg sanggup memfitnah ulama' atau sesiapa yg menegakkan agama Islam, saya sndiri mendoakan Allah melaknat mereka, selagi mereka tak bertaubat. Semoga ALlah tunjuk balasan tu di dunia, sbb kalau di akhirat sah2 tak boleh nak bertaubat, rasakanlah siksaan tu selama-lamanya. Bukan saya sahaja tau yang doa, seluruh pencinta Islam di bumi dan penghuni langit juga. Berwaspadalah wahai pembuat fitnah... Azab Allah tu tak tergambar siksaannya...selagi boleh digambarkan, yakinlah bahawa azab yg sebenar jauh lebih dahsyat lagi. Kalau sanggup mencabar Allah terimalah akibatnya! Lupakah engkau siapa yg mampu menggoncangkan bumi ini dgn sekelip mata? Dah lupa pada tsunami? Buatlah fitnah terhadap ahli agama, kalau teringin nak uji kuasa Dia yang menciptakanmu!


Get More Islamic Testi Here!

Sunday 16 August 2009

Selamat Jalan, Naimah

Naimah dah nak bertolak dah ni... Flight pukul 11. Sy tak sure 11 pagi ke 11 mlm ni. Rase mcm hati sy ade kat dlm beg die...nak ikut...

Rindunye kat Mekah, pada kaabah, pada masjidil haram...pada pasar tepi Masjidil Haram, pada tawaf, pada sai'e...pada langit Makkah....

Dapat mimpi pun jadilah...isk isk isk...sedih ni...

Thursday 13 August 2009

Kecewanye...

Masuk ni dh kali ke-3 saya menulis dengan tag "I'm in blues". What's wrong with me? Why do I seem so depressed? Hr ni kecewa btul...

Ada 2 perkara yang saya nak buat di sekolah hari ni. Yang pertama...ehem ehem... tak boleh bagitahu. Saya nak bg seseorang sesuatu, tapi reaksinya tak seperti yang saya harapkan. Entahla, maybe I am being too sensitive kot. But I smile, anyways....

Kedua, saya dah plan untuk latih budak2 ni buat persembahan nasyid untuk majlis penutup Bulan Patriotisme nanti. Alhamdulillah latihan tengahari tadi berjalan lancar. Seronok tengok budak2 tu bg komitmen. cube jugak follow lagu patriotik yg rancak gile tu. Saje pilih lagu rancak sbb tujuan utama saya nak buat persembahan nasyid ni pun sbb nak dekatkan mereka dgn nasyid. Supaya mereka tahu nasyid kontemporari pun ade kelas! Malangnye bile dh cnfirmkan dgn pengarah majlis tu, die kata nanti die cuba squeeze kan. Alahai, sedih gile dibuatnye. Kata die slot persembahan hanya 1 jam. So daripada 2 lagu, boleh bw 1 lagu jer. ntahlerr...Sabarlah wahai hati, saya berazam nak tunjukkan kehebatan nasyid nanti, tengoklah!

Patah hati rasanya, but I smile anyways!

Bile balik pun dpt 1 lg kekecewaan, takde makanan bwh saji. sedihnye nape my housemate tak msk dh 4 hari? Tak faham... Mcm2 alasan cuba saya cari untuk menjelaskan kenapa diorang buat mcm tu. Ade tak puas hati ker? Terfikir jugak, busy agaknyer, tapi nape tk bgtau kat sekolah td supaya blhla ktorg singgah bli mknn sblm smpai rumah...then tergerak hati nak buka internet. Buka blog my housemate,,,lorrrr busy gile rupenye...mmg keluar pagi so mana la nak masak. ok paham2... baru sejuk hati... memang duduk serumah ni banyak ujian nye, ade je bnda yg tak kene di mata... Kalau tak sabar memangla bergaduh, tapi alhamdulillah so far tak pernah bergaduh walaupun duduk berlapan. Semoga Allah anugerahkan kesabaran yg berpanjangan buat kiter...dijauhkan dr salah faham atau miscommunication...

Tomorrow is another day...hopefully I am not going to write anymore crap in this tag...

Tuesday 11 August 2009

Kene marah hari ni...dengan office mate. Die tak marah tapi die tegur my mistake. I made him look bad :( uhuuhuuu

Am I really a bad person? Do I have a bad heart? Did I do it intentionally? I feel bad... I feel sad....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Sunday 9 August 2009

Umrah...

Takde mood nak nulis skrg...

Now i feel so jealous of my room mate... she's going for umrah next week... I miss being there, in Tanah Haram. Dulu, masa form 2 g ngan family. Masa tu hati bersih lagi... rindunyer suasana ibadah kat situ...fikiran hanya untuk ibadah, tak perlu fikir kerja atau sekolah... Tapi sayang, rasenye banyak masa saya dah bazirkan. Sebab time tu tak kejar tahajjud, subuh berjamaah pun malas. Tapi kenangan dan suasana tu tetap terpahat dlm ingatan saya smpai sekarang. Dah lebih 10 tahun dah. Semoga Naimah selamat pergi dan selamat balik, dan semoga mendapat umrah yang mabrur dan diterima di sisi Allah... amiin.

Allah, I wanna go there...isk isk isk

Allah, let me be one of them one day...


Insyaallah, one day I'll come back...