BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 21 August 2009

Alhamdulillah...Alhamdulillah

Banyaknye perkara yang patut saya syukurkan hari ini... TAdi berlangsung majlis sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah. Saya sebagai peminat setia nasyid tanahair telah bertungkus lumus melatih budak2 untuk persembahan nasyid. Oleh sebab nasyid kurang dikomersialkan di sekolah ni, saya memilih lagu2 yang menepati citarasa anak muda masa kini iaitu bermuzik rancak (hampir kepada rap). Lagunye ialah Hadhari yang dinyanyikan oleh kump Brothers dan Taburkan Jasa dan Semaikan Budi oleh kump Aeman, In-Tem dan UNIC. This is my first time melatih budak dan hampir2 saya gagal kerana persembahan yang kurang menarik. Akhirnye setelah diberi sntuhan sedikit pagi tadi, betul2 sebelum persembahan alhamdulillah persembahan tu menerima pujian ramai. Maksudnye setandinglah dgn persembahan lain. Tahniah untuk budak2 tu iaitu Fizral,Azman, Shah Mirza dan Fariq dari 5K, Ariff dari 5U, Hafiz dan Helmi dari 5A, Saiful dan Izwan dari 5N, Asyraf dan Adam dari 5T dan akhir sekali si kecil amirul dari 4U. Kalau dpt videonye sy akan upload. Memanglah tak sehebat mana tapi bagi org yg kali pertama training budak buat persembahan kire ok la tu. Yang penting takde kene 'boo'... budak2 BB ni tahu2 jela bile diorg tak suke mana2 persembahan...

Tak dapat sy nak nyatakan di sini kesyukuran sy atas kurniaan Allah, antaranya termasuklah bantuan Allah dalam urusan peribadi saya...semoga saya tetap bersyukur walau apa pun yang Allah kurniakan selepas ini...alhamdulillah...

0 Komen: