BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 11 June 2009

Artikel - Kaunseling Nisa'

SABAR DIUJI



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Adalah menjadi lumrah bagi kita sebagai manusia menginginkan banyak perkara. Apa yang sudah kita miliki kadangkala tidak terasa nikmatnya. Inilah akibat kurangnya rasa syukur yang ada dalam diri kita. Apabila diberi nikmat kita mudah lupa, malah mahukan lebih lagi. Hakikatnya dunia ini ibarat air laut. Lagi diminum, bertambah haus.

Allah tidak menjanjikan kepada manusia nikmat kesenangan di dunia walaupun Allah tetap memberinya sepanjang hidup kita. Apa yang Allah janjikan ialah ujian demi ujian yang akan menemani kita.

Firman Allah s.w.t. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." Surah Al-Ankabut; 2-3

Bagi setiap orang yang beriman Allah akan uji dengan keinginan hati dan keperluan hidup. Kita akan terasa diuji dengan begitu hebatnya apabila permintaan kita seolah-olah tidak dimakbulkan oleh Allah, sehingga kadang-kadang hampir-hampir menggugat keimanan. Sebenarnya ketika itulah kita akan dapat menilai sejauh mana iman kita adalah benar, atau hanya kulit sahaja, tiada isi. Bagaimana untuk kita mengesannya?

Orang yang benar imannya akan melalui tempoh ujian itu dengan sabar. Sememangnya sabar itu mudah untuk dikata, payah untuk dilaksana. Seseorang yang sabar tidak akan melenting, putus asa, kecewa mahupun merungut atas perkara yang tidak dimilikinya. Walau bagaimana pahit dirasai, imannya kukuh, hatinya tekad dan yakin bahawa ketentuan Allah itu adalah yang terbaik dan mengandungi hikmah yang indah di sebaliknya. Yakin bahawa Allah tak pernah salah, tidak menzalimi hambaNya dan Dia mempunyai cara tersendiri untuk memakbulkan permintaan hambaNya. Dengan penuh pengharapan seorang mukmin akan setia berdoa kepada Allah dan sabar menunggu Allah memakbulkan doanya. Allah telah berjanji dalam firmanNya;

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."” Surah Al-Mu’min; 40

Ingatlah saudaraku, jika doa kita tidak dimakbulkan, cuba perhatikan amalan kita, mungkin banyak cacat celanya, mungkin banyak maksiat yang kita lakukan tanpa kita sedar. Sekiranya kita merasa kecewa, pujukla diri bahawa sabar itu indah. Para anbia’ telah diuji dengan lebih berat lagi. Yakini bahawa Allah akan makbulkan permintaan kita, hanya ianya mengikut perancanganNya yang di luar kuasa kita. Dan sekiranya tidak dimakbulkan, janganlah berburuk sangka kepada Allah yang Maha Pemberi, malah carilah hikmah yang tersembunyi itu. Sesungguhnya balasan baik akan dikurniakan kepada hamba yang bertaqwa.

Liana Soleha
Liana_rah@hotmail.com

Wednesday, 10 June 2009

Cuti sekolah yang tak happening....

Ya Allah, jemunye mengadap lab report student. Jemu jadinye, sbb sepatutnye dah siap mark dari thn lepas lg tapi sebab tahun lepas terlalu berat bebanan jawatan, maka kerja2 yg boleh ditangguhkan ditangguhkan dulu. Akhirnye smpai lah cuti sekolah ni. kali ni mmg betul2 WAJIB siap, no tganguh-tangguh lagi dah. tu yg jemu tu. 3 kelas maaaa. Alhamdulillah Fizik Form 4 dah siap minggu lepas. Sekarang Bio Form 4 pulak. dah halfway ni tapi asyik berenti je sbb jemu. target mlm ni kene siap jugak by hook or by crook. keje lain byk lagi menanti.

Selalunye cuti sekolah macam ni saya akan spend dengan pegi melancong mana2 dengan my best friend, Salita. Geng jalan yg mmg best. lepas ni nak plan g mana ntah lagi...cuma cuti kali ni je tak dpt jalan. Die busy, saya pun byk keje. Takpe...takpe...bln 7 nanti insyaallah..

Semalam baru je siap marking paper Fizik Mid Year Exam Form 4. Form 6 tak siap mark lagi. bile nak mark ekk...huh. Oklah alhamdulillah students yg saya target boleh jawab dapat jawab dengan baik. Paling tinggi dapat 74% jek =P cumanya tak cukup baik sbb standard soalan ni senang. Sebelum exam haritu dah bagitau, saya nak semua org A1. tapi adeke patut diorg sambut "ye cikgu, A1 cikgu" sambil sengeh2. hisy, takpe2...cikgunye mesti stay positif dan sentiasa memberi galakan supaya diorg boleh improve.

Ya Allah, ikhlaskanlah hati ini untuk mendidik generasi ini bukan hanya untuk akademik mereka, tapi juga untuk iman, akhlak dan sahsiah diri mereka. Berilah daku kesabaran dan kesungguhan yang tak kunjung padam. Amiin...

Monday, 8 June 2009

Decorations....

Hmm...saya masih belum berpuas hati la dgn layout blog ni. I want to make it bigger. Seems like sempit semacam aje ruang menulis die...tapi kene blajar dulu...maklumlah, baru je berkecimpung dlm seni blogging ni...kene cari buku "Blogging dor Idiots" heheh =P

Lagu comel - "Playground In My Mind"

Lama dah cari lagu ni. And a few more 60's songs. just love 'em!

Clint Holmes - Playground in My Mind
Found at bee mp3 search engine

Thursday, 4 June 2009

Cheer up!



Sahabat berhati mulia, ingt nak buat kwn happy...last2...hmmm

Always look on the bright side..



Kenapa penuhi hidup ni dengan kesedihan? Life is short, so might as well we fill the days with laughter and cheers. Make yourself happy...make other people happy...

Cheer upppp!!!!

Baby Yang Kegembiraan

Salam Mukaddimah

Assalamualaikum buat sesiapa yg sudi bertandang.

Dah lama saya berhajat untuk membina sebuah blog mcm ni. Baru kali ni tergerak untuk buat. Target saya ialah untuk isi macam2 dlm blog ni, agar bermanfaat utk diri saya dan juga untuk sesiapa yg datang singgah. Saya ni dah lama tak menulis, jadi susunan ayat pun kadang2 tak berapa betul. Tambahan pula macam2 bahasa dah bercampur aduk dalam kepala ni. Bahasa Inggeris susunan ayat die lain, Bahasa Melayu lain.

Apepun, insyaallah dengan hadirnya blog ni saya harap bertambah salah satu blog yg memberi manfaat kepada pembacanya, terutama kepada para pencari ketenangan hati. Ilalliqa'.