BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 24 July 2010

Because He's A Muslim

This nice cartoon was forwarded to me by my mother, Rohani Bt. Abdullah.
















Sunday, 18 July 2010

Kembali menulis...

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama betul tak update blog ni...semenjak mendirikan rumahtangga lebih kurang 7 bulan yang lepas, tak berusaha pun mengisi ruang2 kat sini...

Kini saya kembali menulis, mencurahkan ilham dan buah fikiran yang terpendam. Objektifnya....saje2 berkongsi ilmu yang ada. Semakin lama tak menulis, semakin kekok nanti jadinya dengan dunia penulisan. Tak bagus tu...

Apa perkembangan setakat ni?...hmmm, sekarang sedang sibuk dengan persiapan menyambut 'org baru' dalam rumah ni...seronok, tak sabar, excited, anxious, sedih, gembira, semua ada...

Seronok sbb tak lama lagi boleh main dgn baby, buah cinta antara saya dan suami...
Tak sabar sbb dah banyak brg beli tapi blm blh guna sbb baby blm keluar..heheh...
Sedih sbb rase bimbang terhadap pendidikan awal semasa mengandung tak cukup baik utk melahirkan anak yang soleh lagi bertaqwa...
Gembira of course la sbb diberi kesempatan dr Allah untuk menjadi seorang ibu dan mendidik anak dengan nilai2 menuju keredhaan Allah...

Yang paling utama, rasa SYUKUR tak terhingga kerana Allah telah menyempurnakan hidup ini dengan nikmat menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang baik dan insyaallah akan datang ibu kepada anak2 yang soleh solehah...amiin...juga syukur atas kemampuan yang ada untuk menyediakan segala keperluan menyambut baby...alhamdulillah atas segalanya...

Alhamdulillah, so far nak kata perasaan takut menghadapi saat2 bersalin tu tak ada sgt...mudah2an Allah permudahkan semuanya dan mengizinkan saya panjang umur utk memberi didikan yang sebaik mungkin kepada anak ini...

Just another 2 and a half months to go. Dengan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi, insyaallah akan memeriahkan lagi pernantian kami untuk menjadi Ummi dan Abi....